mcmc
Maklumat Setempat

PENUBUHAN PI1M KG TEMBILA

 

ASAL USUL PUSAT INTERNET KG TEMBILA

 

Asal usul nama Kampung Tembila adalah sebuah kampung yang terletak dalam Daerah Besut di Negeri Terenggabu Darul Iman.

Sejarah Tembila berpandukan daripada Allahyarham Abdullah bin Taib, Allahyarham Ismail bin Ishak dan Imam Salim bin Awang iaitu cucu kepada Tok Kamis yang membuka Kampung Tembila. 

Kg Tembila dibuka oleh Tok Kamis bersama dengan anaknya bernama Awang, yang berasal dari Pasir Putih Kelantan. Apabila tercetusnya perang Tok Janggut, dua beranak itu berundur ke sebelah sini dan menetap di kawasan yang dahulunya dipanggil Tambak iaitu disebelah hulu Kg Tembila sekarang. Pada masa itu pekerjaan beliau ialah membuat sejenis alat menangkap ikan yang dikenali dengan nama Temila. alat ini terkenal dengan hasil tangkapannya. Maka ramailah penduduk sekitar kampung ini datang membeli Temila ini.

Maka kampung ini terkenal dengan nama Tembila hingga hari ini.

 

Pada bulan December 2013, tertubuhnya Pusat Internet 1Malaysia Kg Tembila yang dulunya lebih dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti.