| BUTIRAN PROGRAM | |
| TARIKH | 10 JULAI 2025 |
| MASA | 3.00 ptg- 5.00 ptg |
| LOKASI | NADI KG TEMBILA |
| PESERTA | 2 ORANG |
| Tujuan : Memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai program secara percuma setela mendaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan penggunaan internet yang bijak dan berhemah. Juga, untuk memastikah peserta tahu bagaimana untuk menghalang atau berhati-hati dengan penipuan dalam menggunakan internet. |
| Aktiviti : Peserta yang terlibat hadir ke NADI untuk menyertai webinar secara atas talian dengan menggunakan google meet. Tajuk webinar pada hari tersebut adalah WEBINAR DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN. Peserta mendengar webinar tersebut dengan baik serta mendapat input mengenai keselamatan atas talian. Serangan siber seperti kecurian data dan godaman sistem semakin kerap berlaku. Ia boleh menjejaskan keselamatan, kewangan dan kepercayaan pengguna. Namun, langkah pemulihan yang cepat dan berkesan amat penting — antaranya mengesan punca serangan, melindungi data, dan memulihkan sistem terjejas. Pendidikan dan kesedaran keselamatan siber perlu diperkukuh agar setiap individu lebih bersedia menghadapi ancaman digital. Gambar Disini |
