mcmc
Maklumat Am

KEMPEN EDARAN DECODER PERCUMA MY FREEVIEW KEPADA B40 DAN OKU

MyFreeview Dekoder Percuma 2

Isi rumah kumpulan B40 dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma diminta membuat permohonan mulai sekarang sehingga 31 Mei 2020 –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bagi yang berminat boleh mengisi borang di laman sesawang www.mytvbroadcasting.my/B40 dengan butiran diri yang lengkap iaitu nama, nombor kad pengenalan, alamat penuh serta nombor telefon.

Pemohon juga boleh menghubungi MYTV Careline di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988 untuk memudahkan proses pengagihan set dekoder percuma myFreeview kepada mereka yang layak.

 

 

 

MyFreeview Dekoder Percuma