BUTIRAN PROGRAM | |
TARIKH | 31/12/2024 |
MASA | 9.30 AM – 12:30 PM |
LOKASI | NADI KAMPUNG ALOR LINTANG |
PESERTA | 50 ORANG |
TUJUAN
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada penggunaan Canva sebagai alat untuk mereka bentuk poster yang menarik, serta meningkatkan kemahiran reka bentuk grafik mereka.
AKTIVITI
Latihan Penggunaan Canva
Pelajar diberi latihan asas oleh petugas NADI mengenai cara menggunakan Canva untuk membuat poster. Mereka belajar untuk memilih templat, menambah teks, gambar, dan elemen grafik lain.
Pembuatan Poster
Pelajar dibimbing untuk mereka bentuk poster bertemakan acara atau promosi sekolah menggunakan Canva. Mereka memilih warna, font, dan gambar sesuai untuk poster yang menarik.
Pembentangan Poster
Setelah selesai, pelajar membentangkan poster yang mereka hasilkan dan memberi penerangan mengenai reka bentuk dan mesej yang ingin disampaikan dengan baik kepada guru dan petugas NADI.