| BUTIRAN PROGRAM | |
| TARIKH | 18 JANUARI 2025 |
| MASA | 10.00 – 11.00 AM |
| LOKASI | NADI KG TEMBILA |
| PESERTA | 3 ORANG |
TUJUAN
Aktiviti ini melibatkan penyertaan komuniti setempat yang hadir ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tembila untuk mengikuti Kelas Tiramitsu, iaitu satu sesi pembelajaran kemahiran membuat pencuci mulut secara praktikal. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai seni penyediaan makanan secara kreatif dan menambah nilai kemahiran harian yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan perniagaan kecil atau kendiri. Selain itu, ia juga menggalakkan interaksi positif sesama komuniti melalui aktiviti yang santai dan bermanfaat.
AKTIVITI
Pendaftaran Peserta
Petugas NADI akan menguruskan proses pendaftaran ahli komuniti yang hadir untuk menyertai Kelas Tiramitsu. Maklumat peserta akan direkod bagi tujuan dokumentasi dan pemantauan penyertaan. Pendaftaran ini juga bertujuan memastikan keperluan asas setiap peserta dapat dikenalpasti sebelum kelas dimulakan.
Persediaan Tempat dan Peralatan di NADI Kg Tembila
Petugas NADI akan menyediakan ruang yang selesa serta peralatan asas yang diperlukan untuk sesi penyediaan Tiramitsu. Ini termasuk meja kerja, bahan-bahan masakan, dan peralatan memasak asas.
Segala persediaan teknikal seperti sistem audio, tayangan resipi, dan kemudahan internet (jika perlu) akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan kelancaran aktiviti.
Pemantauan Program
Sepanjang kelas berlangsung, petugas NADI akan memantau dan membantu peserta dalam setiap peringkat penyediaan Tiramitsu. Bimbingan akan diberikan secara langsung oleh fasilitator agar peserta dapat mengikuti langkah demi langkah dengan jelas. Segala pertanyaan dan kekeliruan akan dibantu bagi memastikan setiap peserta memperoleh pengalaman belajar yang menyeronokkan dan bermanfaat.