| BUTIRAN PROGRAM | |
| TARIKH | 5 JANUARI 2025 |
| MASA | 4:00 – 5:00 PM |
| LOKASI | NADI KG TEMBILA |
| PESERTA | 1 |
TUJUAN
Aktiviti ini melibatkan penyertaan komuniti setempat yang hadir ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tembila bagi mendapatkan bimbingan penggunaan komputer untuk membuat pengisian berkaitan urusan dalam talian MAIDAM. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu komuniti celik teknologi serta memudahkan mereka mengakses perkhidmatan digital MAIDAM seperti permohonan bantuan, semakan zakat, atau pengisian maklumat peribadi.
AKTIVITI
Pendaftaran Peserta
Petugas NADI akan menguruskan pendaftaran ahli komuniti yang hadir untuk mengikuti sesi bimbingan. Pendaftaran ini bertujuan untuk merekodkan kehadiran dan mengenalpasti jenis pengisian yang diperlukan oleh setiap peserta.
Persediaan Tempat dan Peralatan di NADI Kg Tembila
Petugas NADI akan menyediakan kemudahan komputer, sambungan internet, dan ruang yang kondusif bagi membolehkan peserta mengikuti sesi bimbingan dengan selesa.
Pemeriksaan awal ke atas sistem, capaian laman web MAIDAM dan peralatan teknikal akan dilakukan bagi memastikan kelancaran sepanjang sesi berlangsung.
Pemantauan Program
Sepanjang sesi, petugas NADI akan membimbing peserta secara langsung dalam proses pengisian atas talian. Sebarang kekeliruan, kesilapan teknikal, atau pertanyaan berkaitan pengisian akan dibantu secara terus bagi memastikan peserta dapat melengkapkan urusan mereka dengan sempurna.