| BUTIRAN PROGRAM | |
| TARIKH | 24 MEI 2025 |
| MASA | 3.00 – 4.00 PM |
| LOKASI | NADI KG TEMBILA |
| PESERTA | 3 ORANG |
TUJUAN
Aktiviti ini melibatkan penyertaan peserta yang mengikuti sesi pembelajaran secara atas talian melalui platform webinar. Sesi ini merupakan sebahagian daripada Kelas Pensijilan Permainan Mobile Legend yang bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran suntingan video dan aspek pengurusan kandungan berkaitan permainan Mobile Legend.
Modul ini dirangka bagi membantu peserta menghasilkan kandungan video permainan yang menarik, tersusun dan berkualiti, sama ada untuk tujuan penilaian pensijilan mahupun untuk dikongsi di platform media sosial. Selain itu, modul ini juga menyentuh aspek pengurusan akaun dan kandungan digital yang berkaitan dengan dunia e-sukan dan komuniti permainan.
AKTIVITI
- Pendaftaran Peserta Webinar
Semua peserta perlu mendaftar melalui sistem (LMS) yang telah disediakan sebelum menyertai sesi webinar . Maklumat peserta direkod untuk tujuan dokumentasi, pemantauan kehadiran serta pengurusan akses kepada bahan pembelajaran dan sijil penyertaan. - Pelaksanaan Webinar (Secara Atas Talian)
Sesi pembelajaran dilaksanakan secara atas talian dan dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman dalam dunia e-sukan dan penghasilan kandungan digital permainan. Modul ini memberi penekanan kepada teknik suntingan video permainan Mobile Legend termasuk:
- Pemilihan rakaman gameplay yang sesuai
- Teknik pemotongan, peralihan dan penambahan efek
- Penggunaan muzik latar dan elemen visual
- Pengurusan masa tayangan dan naratif video
Peserta turut diperkenalkan kepada beberapa aplikasi dan perisian penyuntingan video yang mesra pengguna.