mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X KESEDARAN : KEMPEN INTERNET SELAMAT(LAWAN BERITA PALSU) -16 OGOS 2025

BUTIRAN PROGRAM
 TARIKH16 OGOS 2025
MASA11:00 – 12:00 pagi
LOKASI NADI KG TEMBILA
PESERTA3 ORANG

Tujuan :
Memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai program secara percuma setela mendaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict dan penggunaan internet yang bijak dan berhemah. Juga, untuk memastikah peserta tahu bagaimana untuk menghalang atau berhati-hati dengan penipuan dalam menggunakan internet.
Aktiviti :
Peserta yang terlibat hadir ke NADI untuk menyertai webinar secara atas talian dengan menggunakan google meet. Tajuk webinar pada hari tersebut adalah KEMPEN INTERNET SELAMAT( LAWAN BERITA PALSU) . Kempen Internet Selamat – Lawan Berita PalsuPenyebaran berita palsu di internet boleh menimbulkan panik, perpecahan masyarakat serta menjejaskan keselamatan negara. Sebelum berkongsi sebarang maklumat, setiap pengguna perlu memastikan kesahihan sumber dengan merujuk portal rasmi, agensi berautoriti atau semakan fakta. Elakkan menjadi penyebar maklumat tidak benar hanya kerana ingin menjadi yang pertama berkongsi. Gunakan prinsip “Fikir Sebelum Kongsi”, semak tarikh, sumber dan kandungan sesuatu berita. Ingatlah, menyebarkan berita palsu bukan sahaja merosakkan masyarakat malah boleh dikenakan tindakan undang-undang. Mari bersama membina ekosistem digital yang lebih selamat, beretika dan berinformasi dengan menolak berita palsu, memilih kebenaran.

Gambar Disini