mcmc
Maklumat Am

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN GPK 2.0

Permohonan GKP 2.0
 
 
Cara buat permohonan GKP 2.0 (Geran Khas Prihatin)
 
Sila ambil perhatian.
 
Untuk buat permohonan baru GKP 2.0, anda perlu buat pendaftaran. Jika masih lagi belum buat, sila baca cara daftar GKP 2.0 terlebih dahulu.
 
Berikut ialah cara untuk membuat permohonan GKP 2.0:
 
Layari laman web atau portal rasmi GKP 2.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my atau https://gpk.hasil.gov.my
Sila login GKP 2.0 dengan klik pautan Log Masuk
 
Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
 
Jangan masukkan sempang (-)
Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 870101-01-5455, masukkan 870101015455
 
Tekan butang Semak
 
Sekiranya anda memang belum pernah buat permohonan GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini:
ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
 
Klik link Daftar Akaun seperti yang dipaparkan
 
Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
 
Tekan butang Cari
 
Akan keluar paparan ini:
 
Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
 
Masukkan Captcha seperti yang terpapar
 
Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini:
 
Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.
 
Tekan butang Semak
 
Tekan butang Permohonan Baharu
 
Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 2.0
 
Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi seperti:
 
Maklumat Pemohon
Maklumat Entiti Perniagaan
Pengesahan
 
Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
Nama Pemohon
Nombor MyKad
Jantina
Nombor Telefon Bimbit
Alamat Surat Menyurat
Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
Status Perkahwinan
 
Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
Jenis Perniagaan
Nombor Cukai Pendapatan
Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
Nombor Pendaftaran Syarikat
Tarikh Mula Beroperasi
Nombor Lesen Perniagaan
Alamat Premis Perniagaan
 
Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
 
 
Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
Tekan butang Sahkan Captcha
 
Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
 
Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
 
Klik butang Hantar
 
Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 2.0 berjaya akan dipaparkan
 
Syarat permohonan GPK 2.0
Bantuan Geran Khas Prihatin (GPK 2.0) ini adalah untuk usahawan dan peniaga-peniaga kecil yang tidak dapat bantuan GPK 1.0 sebelum ini.
Dengan peruntukan sebanyak RM600 juta, dianggarkan bahawa sekitar 200,000 PKS Mikro akan menerima bantuan ini.
 
Kriteria kelayakan utama untuk buat permohonan GKP 2.0 adalah seperti berikut:
Tidak dapat bantuan GKP 1.0 sebelum ini
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
Perniagaan masih lagi aktif dijalankan
Jumlah jualan tahunan perniagaan tidak melebihi RM300,000
Jumlah pekerja sepenuh masa tidak boleh lebih empat (4) orang
Jumlah pekerja tidak termasuk pemilik
Pemohon mestilah memenuhi definisi PKS Mikro
Pemohon mestilah berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSH sehingga 31 Ogos 2020
 
Maklumat lanjut mengenai GPK 2.0
Bagi peniaga-peniaga kecil yang masih lagi belum tahu, Geran Khas Prihatin (GKP) ialah bantuan kewangan kepada usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Usahawan ini juga dipanggil Small Medium Enterprise (SME). Jadi, syarikat-syarikat yang besar dan bukan SME adalah tidak layak untuk buat permohonan GKP 2.0 ini.
 
Apa tujuan GKP 2.0?
Usahawan-usahawan yang terjejas teruk disebabkan pandemik Coronavirus COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempohari telah dibantuk dengan GKP.
Kini, bantuan kerajaan datang lagi dengan GKP 2.0 yang bertujuan tidak lain dan tidak bukan untuk meringankan beban kewangan peniaga-peniaga kecil.
 
Macam mana nak hubungi LHDN?
Pasti ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang proses permohonan GKP 2.0 yang baru, kemaskini dan semakan.
Anda boleh hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
 
Akhir kata
 
Kepada peniaga atau usahawan PKS atau SME di luar sana yang buat permohonan GKP 2.0 ini, manfaatlah bantuan dari kerajaan ini sebaiknya. Naikkan semula bisnes dan kecapi kejayaan seperti sebelum PKP. Yang paling penting sekali, berniagalah dengan jujur.
 
Bukan GKP sahaja yang ada. Jika anda layak menerima Bantuan Prihatin Nasional dan tidak pernah mohon BPN 1.0 sebelum ini, anda juga boleh buat permohonan baru BPN 2.0.
 
Semoga bermanfaat.