PENUBUHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
Sejarah Tembila ini berpandu kepada cerita lisan daripada orang tua-tua yang masih ingat tentang asal usul nama kampong Tembila. Cerita ini diperolehi daripada Allah yarham Abdullah bin Taib, Allah yarham Ismail bin Ishak dan Iman Salim bin Awang iaitu cucu kepada Tok Kamis yang membuka kampung Tembila Mengikut cerita orang tua-tua dahulu. Kg. Tembila di buka oleh Tok Kamis bersama dengan anaknya bernama Awang, Beliau berasal dari Pasir Putih Kelantan. Apabila tercetusnya perang Tok Janggut. Maka beliau dua beranak berundur ke sebelah sini dan menentap di kawasan yang dahulunya dipanggil Tambak iaitu disebelah hulu kampung Tembila sekarang. Pada masa itu pekerjaan beliau ialah membuat sejenis alat menangkap ikan yang dikenali dengan nama Temila.Alat ini terkenal dengan hasil tangkapannya. Maka ramailah penduduk sekitar kampung ini seperti kampung Kubang Ikan, kampong Gong Bayur, dan sebagainya datang membeli Temila ini. Maka kampung ini terkenal dengan nama Tembila hingga hari ini. Pada bulan December 2013, tertubuhnya Pusat Internet 1Malaysia Kg Tembila yang dulunya lebih dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti. Program tersebut merupakan salah satu pendekatan satu kerajaan dalam merapatkan jurang digital komunikasi luar bandar.
Pusat Internet 1Malaysia Kg Tembila mengalu-alukan kedatangan anda.


