mcmc
Laporan Aktiviti

SEPT – NADI X WELLBEING : WEBINAR SIHAT DARI AKAR UMBI:BAGAIMANA MICROBIOME & EPIGENETIK KAWAL KESIHATAN KITA – 12 SEPTEMBER 2025

BUTIRAN PROGRAM
 TARIKH12 september 2025
MASA10:30 -11:30 PAGI
LOKASI NADI KG TEMBILA
PESERTA1

Tujuan :
Program NADI X Wellbeing adalah TERBUKA kepada semua individu yang ingin meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menjadi ahli NADI Kampung Tembila, anda akan mendapat akses kepada pelbagai program kesihatan yang disediakan serta sokongan komuniti yang sedia membantu. Antara program yang disediakan adalah saringan kesihatan seperti pemerikasaan tekanan darah, pemerikasaan kadar glukos dan BMI dan juga webinar kesedaran,Podcast,Exercise dan Short Tips.
Aktiviti :
Antara langkah untuk meningkatkan kesedaran komuniti dalam meningkatkan kualiti hidup adalah dengan mengadakan webinar kesedaran, Podcast,Exercise dan Short Tips. Webinar ini boleh diakses melalui platform Media Sosial rasmi youtube studio sihat https://www.youtube.com/@StudioSihat . Webinar kali ini bertajuk SIHAT DARI AKAR UMBI:BAGAIMANA MICROBIOME & EPIGENETIK KAWAL KESIHATAN KITA. esihatan manusia bukan hanya ditentukan oleh genetik semata-mata, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor luaran seperti pemakanan, gaya hidup, dan persekitaran. Microbiome – iaitu komuniti bakteria baik dalam usus – memainkan peranan penting dalam penghadaman, imuniti, dan juga kestabilan emosi. Pada masa yang sama, epigenetik bertindak sebagai “suiz kawalan” yang menghidupkan atau mematikan gen tertentu bergantung kepada cara kita hidup. Gabungan kedua-dua faktor ini menunjukkan bahawa pilihan seharian seperti makanan berkhasiat, senaman, tidur yang cukup, serta pengurusan stres mampu mempengaruhi kesihatan jangka panjang kita. Dengan memahami microbiome dan epigenetik, kita sebenarnya boleh mengawal kesihatan dari akar umbi, bukan sekadar merawat gejala di permukaan.

Gambar Disini