PERKHIDMATAN WIFI KOMUNITI (WK)
PENGENALAN
Sebelum ini WiFi Komuniti (WK) dikenal sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) yang merupakan perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. Kawasan tumpuan bagi KTW1M meliputi kawasan luar bandar yang mendapat kurang liputan internet.
LANGKAH PENGGUNAAN
1.Butang WiFi di peralatan komputer atau telefon pintar dihidupkan.
2.Cari isyarat WiFi di skrin yang bermula dengan perkataan KTW.
3.Pilih isyarat WiFi yang paling kuat (melebihi 3 bar).
4.Klik ikon internet. Laman sesawang KTW1M akan terpapar di skrin.
5.Daftar untuk pengguna kali pertama dan isikan butir-butir yang berkaitan.
6.Pengguna akan menerima ID dan kata laluan untuk melayari internet.
